Rahsia Buat Duit Dengan eBay

Khas Kepada Para Peminat Perniagaan Internet Yang Bakal Menceburi Bidang Ini
Dapatkan buku terkini saya di Popular Bookstore, MPh dan kedai kedai buku berhampiran anda.Di dalam buku ini saya menekankan konsep perniagaan internet tanpa perlu anda membina laman web sebagai permulaan anda menapak ke dunia perniagaan maya ini.
Konsep konsep yang jelas ditunjukkan langkah demi langkah sehingga anda dapat membuat jualan di eBay. Selain itu saya menjemput pembeli buku ini untuk berinteraksi dengan saya melalui ruangan ini bagi membolehkan anda mendapat khidmat nasihat dan bimbingan saya seterusnya. kenapa saya menekankan pada proses pertama anda menceburi perniagaan internet dengan menggunakan eBay? Kenapa tidak terus membina laman web untuk menjual produk anda. Anda akan memperolehi semua jawapan ini di dalam buku tersebut.
Yang pentingnya anda harus membaca buku ini terlebih dahulu sebelum didedahkan dengan perniagaan internet lain. Di dalam buku saya seterusnya (masih dalam penulisan) saya akan memberikan panduan sebenar bagaimana untuk anda meneruskan perniagaan internet anda dengan laman web pula. Apapun asas kukuh harus anda perolehi dari buku Rahsia Buat Duit Dengan eBay bagi mendedahkan anda dengan proses perniagaan internet

6 Responses for “Rahsia Buat Duit Dengan eBay”

  1. khairul nizam isa says:

    Assalamualaikum.
    saya lihat promosi buku saudara di TV pagi ini. saya cuba dapatkan di popular jln petaling KL tapi tiada. bagaimana cara lain utk saya dapatkan. terima kasih

  2. artmand says:

    Waalaikumsalam khairul,

    Selain dari Popular Bookstore saudara juga boleh dapatkan di MPH atau membeli secara online dari e-kedai.net atau saudara juga boleh dapatkan terus dari saya. Saya difahamkan buku ini dalam proses cetakan kedua disebabkan cetakan pertama habis dijual….insyaAllah akan berada semula di pasaran dalam sehari dua lagi.

  3. mie sid says:

    sdra azahar,
    saya berminat untuk beli buku secara terus dari sdra.
    saya akan berikan address selepas bank in ke dalam akaun sdra.

    pls inform lain-lain syarat2 (jika ada).

    sekian, terima kasih.
    mie sid

  4. e-cell says:

    macam mana caranya saya nk membeli trus dengan anda?

  5. ahmad bin kasim says:

    Assalamualaikum sdra azhar,saya dah pun membeli buku sdra itu dan skrng ni dlm proses membaca dan memahami.harapan saya agar sdra dpt terus membimbing insan2 yg bru nk brjinak mcm sya ni.sya nak buktikan kpd keluarga sya trutama isteri sya yg takut sya gagal.sya harap sya dpt jadikan impian jadi kenyataan.insyaallah sya berjanji akan berkerja keras sehingga memperolehi hasilnya jika sdra dpt memberi bimbingan yg sya perlukan.terima kasih

  6. artmand says:

    InsyaAllah takde masalah en Ahmad jika masa menigizinkan

Leave a Reply

ADVERTISEMENT

468x60 ad code for footer
Log in - BlogNews Theme by Gabfire themes