Jom ke Meniaga.com

Meniaga.com merupakan laman web marketplace atau pasaraya maya  masakini dengan ciri STOR untuk anda langgani semurah RM60 setahun sahaja. Anda boleh membuka stor ini melalui pautan Mymeniaga yang terdapat di bahagian atas laman Meniaga.com.

Yuran langganan untuk tempoh promosi ini cukup istimewa dan murah berbanding jika anda ingin membina laman web anda sendiri yang pastinya memerlukan kos yang lebih tinggi. Selain itu anda perlu menyediakan kos untuk mengemaskini dan promosi laman web anda tersebut. Melalui Meniaga.com anda hanya  membayar yuran langganan yang cukup berpatutan dan mendapat faedah pengiklanan dimana anda boleh mengiklankan produk anda tanpa had , mempamerkan duabelas keping gambar untuk setiap produk dan yang pastinya tiada caj tambahan dikenakan kepada anda. Setiap iklan yang anda letakan tiada tarikh matang dan ianya akan kekal di dalam STOR anda kecuali anda delete atau memadamkannya dari STOR anda.

Selain itu di atas setiap produk yang anda iklankan terdapat pautan ke Facebook, Digg, Myspace, Stumble It, Reddit, Yahoo MyWeb dan del.icic.us bagi membolehkan anda memberitahu rakan rakan anda tentang iklan produk anda .

Juga antara ciri keistimewaan lain ialah terdapat 42 buah STOR yang akan di pamerkan secara PERCUMA di muka hadapan Meniaga.com setiap masa di bawah ruangan Featured Mymeniaga Store.

Untuk membolehkan STOR anda di pamerkan di sana anda hanya perlu memuat naik iklan baru ke dalam stor anda. Ini bermakna setiap pemilik stor berpeluang untuk mempamerkan stor mereka di muka hadapan laman Meniaga.com. Apa yang perlu mereka lakukan muat naik iklan terbaru atau aktifkan stor mereka setiap masa. 

Pra syarat iklan baru perlu di muat naik atau hanya stor yang aktif akan dipamerkan di muka hadapan adalah kerana pihak Meniaga.com ingin memberikan peluang yang lebih luas kepada mereka yang pengiklan yang aktif untuk menjana pendapatan melalui perniagan internet. Dengan sentiasa mempamerkan stor anda di muka hadapan Meniaga.com peluang anda untuk memperolehi jualan tentunya meningkat. 

Pihak Meniaga.com akan sentiasa mempergiatkan aktiviti mempromosi laman ini dari masa ke semasa secara online, media cetak dan media massa. Selain itu para pengiklan juga diharap dapat membantu mempromosi stor mereka kepada rakan rakan mereka melalui pautan ke laman social seperti facebook atau  myspace yang disediakan. 

Meskipun Meniaga.com masih baru di ujudkan namun sambutan dari pengiklan dan pengunjung sangat menggalakkan. Pengiklanan telah bertambah dari masa ke semasa dan jumlah stor berdaftar juga semakin meningkat. 

Walaubagaimanapun bagi anda yang ingin mengiklankan produk tetapi belum bersedia untuk membuka stor , anda boleh lakukannya dengan memuat naik iklan anda secara PERCUMA melalui butang Post Ads Free. Melalui cara ini anda diberikan akses dan ciri ciri terhad sahaja.

Leave a Reply

ADVERTISEMENT

468x60 ad code for footer
Log in - BlogNews Theme by Gabfire themes