Meniaga.com Berwajah Baru

Sambutan yang cukup menggalakkan daripada advertiser di Meniaga.com membuatkan saya telah mengambil keputusan untuk upgrade laman web ini dengan disertakan beberapa ciri ciri tambahan seperti gambar yang lebih besar dan jumlah gambar yang boleh di muatnaik juga di tambah. Ciri ciri STOR juga telah disediakan , sesiapa yang memilih untuk memiliki STOR ini pula di benarkan memuat naik sehingga 12 keping gambar. Meniaga.com memang senang untuk digunakan. Selepas hampir beberapa tahun saya menjalankan perniagaan melalui ebay malah telah menghasilkan sebuah buku bestseller di Malaysia “Rahsia Buat Duit Dengan eBay” saya terpanggil untuk menyediakan platform untuk menjalankan perniagaan internet ini. Maka terhasillah Meniaga.com , walaupun baru berusia hampir 2 bulan sambuatan yang diterima amat menggalakan , kini hampir 1000 produk telah diiklankan di Meniaga.com. Pengiklanan adalah secara PERCUMA dan saya masih belum menetapkan jumlah caj untuk membukan STOR di Meniaga.com, jangan bimbang cajnya akan cukup berpatutan berbanding anda perlu membeli domain dan mengupah orang membuat laman web untuk anda. Itu belum kira kos untuk anda mempromosi laman web anda. Jemput ke Meniaga.com dan lihatlah apa yang kami tawarkan untuk anda.

Leave a Reply

ADVERTISEMENT

468x60 ad code for footer
Log in - BlogNews Theme by Gabfire themes