Fikir Sejenak

rSemalam saya ke Popular Bookstore di TESCO Alor Setar, seperti biasa saya akan membelek belek buku terbaru pengarang kegemaran saya Robert T Kiyosaki. Saya terpandang pada buku beliau Conspiracy of The Rich  dan perkataan  pada belakang buku tersebut yang tertulis “The MBA course I took trained you on how to take care of a company not your life” , lihat gambar sebelah dan klik untuk besarkan.

Saya memang kagum dengan gaya penulisan kiyosaki yang telah saya ikuti dari awal lagi dan boleh kata setiap bukunya saya miliki. Cara beliau menafsirkan konsep kewangan cukup menarik, mungkin juga sebab latarbelakang saya dibidang perakaunan membuatkan saya mudah memahami apa yang diterangkan di dalam buku bukunya.

Saya amat bersetuju dengan pendapat Laura, memang benar kebanyakan kursus atau program mengajar kita untuk menjadi seorang pekerja yang baik. Contohnya di bidang perakaunan kita di ajar untuk menjadi seorang akauntan yang baik, dapat menyediakan akaun yang baik untuk syarikat dan membuat budget, forecast dan apa apa keperluan bagi memastikan syarikat beroleh keuntungan. Begitu juga mereka yang mempunyai kepakaran yang lain..pastikan syarikat sentiasa ok…tapi bagaimana dengan diri anda?

Saya pernah bertanya seorang pensyarah Universiti…adakah suatu kursus yang mendidik dari awal seseorang untuk membina dan menguruskan perniagaannya sendiri . Saya katakan padanya  saya dulu pelajar akaun tapi takde pula di ajar membina perniagaan malah saya hanya belajar untuk menjadi pekerja yang baik . Selepas bekerja beberapa ketika saya rasa pekerjaan bukan matlamat saya, apa tidaknya walaupun saya bekerja di sebuah company yang besar dan mempunyai kaitan dengan syarikat antarabangsa tetapi pemiliknya mempunyai kelulusan jauh lebih rendah dari saya. Bukan kerana memandang rendah kepada pemilik tersebut…tetapi mari kita fikir sejenak…(mungkin anda mempunyai pendapat sendiri sepertimana saya juga…)

Saya berpendapat kenapa saya harus memerah otak, memberikan sepenuh komitmen dan menggunakan segala kemahiran ilmu yang saya miliki selama ini hanya untuk mengkayakan orang lain…kenapa tidak saya lakukan untuk saya sendiri….terfikir saya, bertahun tahun menimba ilmu …selepas itu bekerja hingga kadangkala larut malam untuk syarikat sedangkan tuan punya bertamabah kaya dan kaya…kita hanya menunggu kalau kalau adalah sedikit rezeki lebih di hujung tahun…BONUS.

Kadangkala terfikir mengapa aku harus bekerja begitu kuat dengan kemahiran yang ada untuk orang lain , kenapa tidak untuk syarikat sendiri atau diri sendiri.

Saya yakin kebanyakan dari anda yang menjalankan perniagaan sendiri sedikit sebanyak di sebabkan anda tidak suka bekerja untuk orang lain atau di bawah arahan orang lain.

Begitu halnya dengan saya, saya telah memulakan perniagaan saya sejak beberapa tahun lalu dan  kepada anda yang berminat untuk mendapat semangat menjalankan perniagaan baik juga membaca buku buku tulisan Kiyosaki…memang best.

Leave a Reply

ADVERTISEMENT

468x60 ad code for footer
Log in - BlogNews Theme by Gabfire themes