Meniaga ? Perkataan ini dalam kamus dewan membawa erti berniaga. Terfikirkah anda jika anda mempunyai sebarang produk baru atau terpakai anda boleh menjualnya melalui internet dengan senangnya. Teringat saya ketika saya di United Kingdom dulu,, hari Ahad saya dan kawan kawan selalu berjalan jalan ke ‘car boot sales” di sana terdapat ramai penjual yang menjual barang barang terpakai atau baru pada harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran. Kalau nak lagi best pergi je lepas krismas…sure banyak barang barang baru yang dijual pada harga yang cukup menarik. Kebiasaannya ada di antara mereka akan menjual barang barang hadiah yang diberikan sempena krismas untuk mereka. Sesiapa yang pernah ke “ car boot sales” mesti terkenang bestnya ke car boot sales.
Kembali kita ke dunia internet, konsep seperti car boot sales inilah yang patut kita gunakan …jangan membazir , jual saja apa yang yang anda fikirkan perlu melalui internet dan dapatkan pendapatan sampingan atau pun tetap dalam jangka masa panjang. Sebenarnya tidak sukar untuk anda menjual anda menjual di internet. Anda hanya perlu tahu di mana anda boleh iklankan produk anda. Untuk menjual di internet anda sebenarnya tidak perlu mempunyai sebuah laman web pun, begitu mudah sebenarnya.
Anda hanya perlu punya sedikit pengetahuan untuk mengiklankan produk produk anda di laman laman web tertentu dan mempunyai perbankan online untuk membolehkan anda menerima pembayaran dari pembeli anda.
Tidak perlu untuk anda membuang wang membina sebuah laman web hanya untuk menjual satu barang sahaja. Tahukah anda jika anda membina laman web yang canggih sekalipun tanpa promosi secukupnya…laman web anda tidak akan di lawati sesiapa. Mengapa anda harus buang duit untuk membina dan mempromosi laman web anda sedangkan anda boleh dengan senangnya mempromosi dan menjual produk anda di laman laman meniaga di internet.
Dengan meniaga di internet anda dapat menjana pendapatan sampingan pada ketika ekonomi tidak menentu ini . Kebaikan meniaga di internet ini anda boleh lakukannya hanya melalui keselesaan rumah anda sahaja, anda tidak perlu mengeluarkan kos untuk menyewa kedai, membayar ruang iklan..dan melakukan promosi online…
Meniaga FREE di internet….letakan iklan di laman meniaga internet dan tunggu saja bakal pelanggan anda menghubungi anda …mudah bukan! Nak tahu lanjut tentang meniaga di internat ..ikuti tulisan saya seterusnya nanti..


























mcm mana nak beriklan di internet? step by step…
Salam Julin
Saya akan memberikan tip dan langkah langkah untuk mengiklan di internet melalui laman meniaga.com di sini dalam masa terdekat. Sila lawati laman ini lagi nanti.