Pernahkah anda nampak graf sebegini, (klik pada gambar untuk besarkan) mungkin bagi sesiapa yang tidak pernah terlibat dengan perniagaan komoditi , saham atau foreign currency trading ini satu graf yang tidak pernah anda lihat sebelum ini. Namun bagi yang pernah terlibat dengan komoditi dan saham ini adalah sesuatu yang amat penting untuk ditafsirkan. Cara penafsiran graf ini pula adalah pelbagai, ada yang menggunakan bar chart atau candlestick. Dalam contoh ini saya menggunakan candlestick, kerana ianya sangat popular dan pernah digunakan oleh pedagang Jepun sejak sekian lama. Anda perlu mahir membaca setiap candlestick yang terbentuk kerana setiap candlestick ini membawa makna tertentu. Terdapat pelbagai bentuk candlestick dan sekurang kurangnya anda perlu memahami 13 jenis candlestick penting bagi menentukan pergerakan arah matawang.
Apabila anda mahir mengenalpasti candlestick ini memudahkan anda untuk memasuki pasaran dan memperolehi keuntungan. Sebagaimana yang saya jelaskan dalam artikel sebelum ini, jangan sesekali memasuki pasaran tanpa ilmu kerana anda hanya bakal menempah kerugian demi kerugian. Sebaliknya mahirkan diri anda dengan sistem DEMO yang disediakan oleh sesuatu platform sebelum anda memulakan trading secara LIVE. Mahir dan terus mahirkan diri anda. Adalah tidak sama masa bagi seseorang itu untuk memahirkan diri dengan FOREX ada yang mengambil masa yang lama dan ada pula yang memahami pergerakannya dalam masa yang singkat sahaja. Anda juga harus ingat terdapat pelbagai cara dan indicator yang ada atau boleh anda perolehi bagi membaca atau menentukan arah pergerakan matawang. Soalnya sejauh manakah keberkesanan sesuatu indicator itu dan adakah ia suatu leading indicator atau lagging indicator?
Pada saya menggunakan candlestick ada baiknya….ia memberi gambaran yang jelas. Cuma anda perlu mahirkan diri. Ramai kawan kawan traders yang menggunakan candlestick sebagai panduan termasuk juga saya. Selain candlestick saya menggunakan teknik chaos dan digabungkan dengan beberapa indicator yang cukup berkesan untuk saya menjalankan trading. Gabungan itu saya namakan sebagai FOREXMASTA. Saya tengah menyiapkan ebook ini dalam bahasa inggeris untuk aya pasarkan di luar negara.
Berbalik pada graf tadi cuba anda perhatikan betul betul semasa pergerakan naik (uptrend) , terdapat perbezaan 275 pips (poin) dari titik paling bawah ke titik paling atas. Sebaliknya semasa pergerakan turun (downtrend) terdapat 413 pips. Ini bermakna jika anda memasuki pasaran semasa uptrend pada titik paling bawah dan keluar pada titik paling atas anda telah memperolehi 275 pips.
Jika pelaburan anda untuk 1 pip =Usd1, bermakna dengan mudah anda telah memperolehi USD275 pada hari tersebut. Begitu juga keadaannya jika anda memperolehi 413pis semasa downtrend bermakna anda memperolehi USD413. Bayangkan jika pelaburan anda 1pips=USD5, cuba anda kira pendapatan yang bakal anda perolehi..!!!!
Mudahnya trading FOREX ini anda lakukan sendiri, masuk dan keluar pasaran. Anda hanya perlukan capaian internet dan kemahiran membaca trend. Sekali lagi saya ingatkan jangan sesekali menceburi FOREX tanpa ilmu….anda bakal menghadapi masalah (bersambung)



























Dear Azahar,
I bought your book “Buit Duit dengan Affiliate” and must say that it is a very informative and helpful book. I look forward to your ForexMasta ebook but wonder if you can comment on the Star report today 5 jan2010 pg15 regarding Bank Negara’s moves ” to block illegal currency trading”. Does personal forex trading fall into this category? Thanks!
Hi Charlie Chong
Thanks for your purchase. I also read about BNM moves ” to block illegal currency trading” but I am not sure which platform ( brokers) involves. For your information some of the platforms are legally registered with financial bodies oversea.
The best is just wait and see first! Most of traders, i believe still trading as usual. Regarding my Forexmasta ebook, i plan to sell it through clickbank soon. This ebook is a step by step guide and strategies which will help traders determine for both entering and exiting positions… everything i write in this ebook is base on my true experience .. as we knows many new methods have been introduce to traders, but the one constant is human behavior . So, In order to master trading, people need to control their emotions….