Forum Pemasaran Global PUNB

Ahli Panel(kiri) En Yusman, En Jammi(moderator),myself, YM Tengku Farith
Ahli Panel(kiri) En Yusman, En Jammi(moderator),myself, YM Tengku Farith

Baru baru ini saya telah dijemput untuk ke  Program Jaringan Usahawan PUNB 2009 Peringkat Nasional  yang dianjurkan oleh PUNB sebagai ahli panel untuk forum mereka yang bertajuk Pemasaran Global – Anda Bersedia?

Dua lagi ahli panel pada forum tersebut ialah YM Tengku Farith , Group CEO Skali.net dan Pengurus Besar Telekom En Mohamad Yusman Ammeran. Sambutan dari kalangan usahawan begitu hebat sekali melebihi 300 orang semuanya. Pelbagai soalan dikemukakan pada sesi soal jawab. Ramai yang menemui saya selepas forum menunjukkan minat yang tinggi untuk menggunakan internet sebagai medium untuk mempromosi dan menjual produk mereka.

Pada hemat saya, usahawan usahawan perlu didedahkan dengan pemasaran global tanpa sempadan bagi membolehkan produk dari usahawan tempatan menembusi pasaran dunia. Ini bukanlah suatu yang mustahil untuk dilaksanakan , kita hanya memerlukan suatu platform yang baik , strategi pemasaran yang berkesan dan kesungguhan untuk membawa usawahan kita ke arah pencapaian yang lebih tinggi di peringkat global.

Integrasi sistem sistem pemasaran internet  dan produk yang baik  akan memudahkan lagi pencapaian matlamat ini. Saya yakin jika ada satu usaha menggabungkan usahawan ini di bawah satu platform perniagaan internet maka hasrat yang saya nyatakan diatas dapat dicapai.

Tahniah kepada PUNB yang memulakan langkah membuka minda usahawan usahawan mereka untuk memikirkan pemasaran global tanpa sempadan. Jika usaha murni ini diteruskan , ianya pasti membawa kejayaan yang besar.

Leave a Reply

ADVERTISEMENT

468x60 ad code for footer
Log in - BlogNews Theme by Gabfire themes