Terdapat dua buah buku hasil karya saya untuk tahun 2009, Bisnes internet dan Buat Duit Dengan Affiliate. Kedua dua buku ini juga diterbitkan oleh PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Sinopsis Buku
Melalui program affiliate, kita bertindak sebagai jurujual siber kepada produk-produk yang terdapat di internet. Kita boleh memilih sebanyak mana program yang ingin disertai serta produk yang ingin dijual kepada bakal pelanggan di seluruh dunia. Kita tidak perlu berjumpa dengan pelanggan, membimbit katalog, serta bercakap tanpa henti dan tidak perlu bijak berkata-kata bagi melariskan jualan. Kita juga tidak perlu menyimpan stok bagi produk yang kita ingin dijual.
Kita hanya perlu melakukan promosi dan jualan dari rumah dengan penuh keselesaan tanpa berkejar-kejar mencari pelanggan dan bermesyuarat sehingga larut malam. Kita juga tidak perlu menganjurkan seminar bisnes bagi mencari orang bawahan (downline) bagi kembangkan bisnes kita. Program ini juga sesuai bagi suri rumah yang berminat menambahkan pendapatan tetapi tidak mempunyai kesempatan atau masa bagi melakukannya di luar rumah.
Dalam internet, terdapat banyak program affiliate yang boleh disertai dengan mudah bagi menjana pendapatan secepat mungkin. Buku ini menerangkan beberapa contoh program affiliate yang boleh disertai sebagai permulaan dan kemudian, kita boleh menceburi program-program lain yang lebih maju. Setiap program mempunyai kaedah tersendiri dalam membayar komisen kepada peserta affiliate. Apa yang perlu diketahui adalah jumlah peratusan komisen yang diberikan kepada kita selepas berjaya membuat jualan dan bagaimana wang komisen itu sampai kepada kita
Prakata
Bab 1: Pengenalan
Bab 2: Apakah Program Affiliate?
Bab 3: Apakah yang Perlu Kita Ada?
Bab 4: Bagaimanakah Program Affiliate Bekerja
Bab 5: Contoh Program
Bab 6: Bagaimanakah Mencari Program Affiliate?
Bab 7: Clickbank
Bab 8: Menjadi Super Affiliate
Bab 9: Memilih Program Affiliate
Bab 10: Bagaimanakah Cara Mengelakkan Komisen Kita Dicuri
Bab 11: Contoh Laman Web Peserta Super Affiliate
Bab 12: 18 Cara Mempromosi Program Affiliate yang Kita Sertai
Bab 12: 20 Kesilapan yang Perlu Kita Jauhi
Bab 14: Kembangkan Perniagaan Anda
Penutup



























saya dah pun baca buku yang anda tulis,hebat memang hebat. mungkin saya akan dapat perisian percuma yang anda janjikan.
sudah dibace smlm di MPH..
Saya berminat nak mulakan perniagaan internet, jadi sekarang ni saya telah mula mengumpul sebanyak ilmu sebelum saya benar-benar bersedia. Saya ada baca sebuah buku mengenai perniagaan internet. Berdasarkan apa yang saya faham, pengarang buku ada mncadangkan supaya mulakan dgn program affiliate. Mungkin buku ni boleh membantu saya. Saya akan cari secepat yg mungkin. Pada sesiapa lagi yg pernah baca buku ni boleh la komen skit kat sini.
Buat duit dengan affiliate paling senang sekali….buku ini amat bagus sekali. Bukan sahaja memberi pengenalan asas affiliate. Ia juga membuat kan lebih professional dan lebih maju…Antara bab yang saya tak tahu ialah Bab 10. Saya sering terkena kesilapan begitu.Terima kasih encik Azahar.Buku ini memang berbaloi…
saya sudah baca buku ini. saya ingin mendaftar di clickbank. persoalannya adakah website itu selamat apabila saya bagi segala maklumat yang diminta..
salam rmy-ez
Sepanjang saya menggunakan clickbank tiada apa apa masalah. Saya berpendapat maklumat yang diberikan adalah selamat.