Baru baru ini 26 Ogos 2009 saya menghadiri hari Anugerah Pilihan Pembaca Berita Harian -Popular 2009 di KLCC . Buku saya Rahsia Buat Duit Dengan eBay (RBDDE) telah tercalon untuk kategori non fiksyen. RBDDE merupakan buku pertama saya dan saya agak terkejut apabila ianya mendapat pencalonan untuk anugerah yang besar ini. Lagipula ramai penulis yang berbakat dan telah lama menceburi bidang penulisan dan menghasilakan lebih banyak buku berbanding saya. Pada saya tercalonnya buku saya sudah memberikan suntikan semangat yang kuat untuk saya terus menulis , dan sejak dari mula saya tidak begitu mengharapkan akan mendapat kemenangan kerana pencalonan itu sudah memadai bagi saya yang baru melibatkan diri dalam dunia penulisan. Saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua pembeli buku saya yang mana dengan sokongan anda terhadap buku saya membolehkan ianya dicalonkan untuk Anugerah Pilihan Pembaca ini tanpa sokongan anda sekelian semua ini tak mungkin dicapai.


























Hello bro,
Tahniah saya ucapkan di atas pencalonan buku anda.
Salam hormat.
Tahniah! memang class buku RBDDE…